welcome my blog

Monday, February 15, 2016

RESEPI KUIH-MUIH TRADISIONAL



Resepi Puding Sagu Gula Melaka :>

Hidangan pencuci mulut yang boleh disediakan di majlis istimewa. Bagi Che Nom, walaupun resepinya mudah tetapi sangat versatile jika dihidangkan dengan cantik dan kemas. Terima Kasih kepada blog kak Azlita Masam Manis kerana tips membilas sagu supaya hilang kanjinya. Dengan cara itu, sagu akan lebih kental dan terbentuk dengan cantik. Jangan risau jika sagu nampak agak hancur, teruskan bilas dengan air dan toskan. Untuk resipi ini, Che Nom gunakan sukatan cawan supaya mudah dan cepat. Bagi kuah santan pula, lagi sedap jika kita gunakan santan segar. Selamat mencuba :)


Masa:
Penyediaan: 45 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 55 minit
Jumlah Hidangan : 18-20 biji

Bahan-Bahan:


Bahan untuk sagu:
  • 1 1/2 cawan sagu
  • air secukupnya
Bahan untuk kuah santan:
  • 2 1/2 cawan santan (dari 1/2 biji kelapa)
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
Bahan untuk sirap gula melaka:
  • 1 ketul besar gula melaka
  • 3 sudu besar gula merah serbuk Thai
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul













Cara Penyediaan:


  1. Rendamkan biji sagu bersama air selama 1/2 jam. Anggaran air sehingga tenggelam dua ruas jari.
  2. Rebus sagu di atas api perlahan sehingga hilang putih di tengah-tengah biji. Jika air kurang tambahkan sedikit supaya sagu masak dengan sempurna.
  3. Tuang sagu di atas penapis dan bilas dengan air mengalir supaya kanjinya keluar.
  4. Toskan dan masukkan pewarna kesukaan anda. Kacau sekata. Sudukan sagu ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti ais selama 30 minit. Sagu akan terbentuk dan kental apabila sejuk.
  5. Keluarkan dari acuan dan hidang bersama kuah santan dan sirap gula melaka.
Cara untuk kuah santan:
  1. Masak santan bersama daun pandan, tepung beras dan garam di atas api perlahan.
  2. Kacau sekata supaya santan tidak berketul. Apabila kuah sudah mendidih dan pekat, angkat dan sejukkan.
Cara untuk sirap gula melaka:
  1. Masukkan air di dalam periuk bersama gula melaka, gula merah Thai, gula pasir dan daun pandan.
  2. Masak sehingga sirap mendidih pekat dan ketulan gula hilang. Kacau sebati.
  3. Tapis dan sejukkan.
Tips:
Kuah santan: Kuah santan haruslah sedikit pekat dan masin. Tidak terlalu masin tetapi cukup untuk mengimbangi rasa manis dari sirap gula melaka. Sirap gula melaka: Che Nom tambahkan gula merah Thai kerana rasanya yang sedap dan warnanya yang pekat kehitaman. Bila dimasak bersama gula melaka, warna yang terhasil sangat cantik dan rasanya sangat sedap.






LEPAT PISANG ISTIMEWA :>

Resepi Lepat Pisang yang sangat istimewa kerana mengingatkan kepada masakan kuih bonda di kampung. Sangat sedap rasanya ditambah dengan rasa manis dari gula melaka yang cukup lengkap serba serbi rasanya. Untuk pisang Che Nom gunakan pisang awak, tapi boleh juga kalau gunakan pisang emas atau nak cuba pisang jenis lain pun boleh juga. Selepas kukus, lepat pisang akan berbau harum dari aroma daun pisang yang menambahkan lagi kesedapan lepat pisang ni. Untuk bancuhan adunan sangat mudah cuma agak remeh di bahagian daun pisang kerana haris dibersihkan dan layur di atas api supaya daun tidak mudah pecah apabila dilipat. :)



Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 25 minit | Keseluruhan: 40 minit
Jumlah Hidangan : 12 bungkus

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan pisang, yang sudah dilecek
  • 1/4 cawan gula putih
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 keping gula melaka atau nisan (sejenis gula yang bulat dan nipis)
  • 1/4 cawan kelapa parut
  • 1 sudu kecil garam









Cara Penyediaan:


  1. Panaskan periuk kukus.
  2. Parut halus gula melaka supaya senang digaul rata bersama-sama bahan lain nanti.
  3. Gaul sekata pisang yang dilecek bersama gula putih, gula melaka, tepung gandum, tepung beras, kelapa parut dan garam. Ketepikan atau rehatkan adunan seketika.
  4. Bersihkan daun pisang dan layurkan di atas api sehingga layu sedikit.
  5. Potong daun pisang anggaran 1 1/2 lebar tapak tangan.
  6. Sudukan adunan sebanyak 3 sudu dan lipat sisi daun pisang ke atas dan kemudian lipat pula satu bahagian tepi. Tegakkan supaya bahagian lipatan tadi berada di bawah dan lipat bahagian yang satu lagi dengan kemas.
  7. Susun di dalam loyang pengukus dan kukus selama 20 hingga 25 minit.
Tips:
Jika tak ada gula nisan atau gula melaka keping, boleh juga digunaka gula melaka berbentuk silinder, dalam anggaran 1/3 ketul.





KUIH QASIDAH :>

Kuih Qasidah ni boleh dikatakan kuih tradisi yang klasik..kuih dulu yang mak kita suka buat terutamanya masa bulan puasa. Resepi kuih ni sangat mudah. Saya memang suka tengok mak buat kuih ni dulu-dulu. Ada 2 versi kuih Qasidah, satu versi sebelah utara dan satu lagi sebelah pantai timur. Keduanya ada kelainan tersendiri. Resepi yang saya kongsikan ni adalah versi utara. Silakanlah mencuba :)



Masa:
Penyediaan: 5 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 25 minit
Jumlah Hidangan : 6 orang


Bahan-Bahan:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 1/4 cawan gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh air kapur makan
  • 1 sudu besar minyak sapi (tak letak pun tak apa)
Bahan untuk hiasan:
  • 6 ulas bawang merah
  • secubit garam


                                                     







                                                  Cara Penyediaan:


Cara-cara untuk kuih:
  1. Di dalam periuk, bancuh tepung bersama air, gula, garam, air kapur. Kacau sebati.
  2. Masak bahan bancuhan di atas api yang perlahan. Kacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat. Anggaran masa mengacau adalah 15 minit. Apabila telah pekat, masukkan minyak sapi untuk menambahkan rasa lemak kepada kuih dan menjadikannya berkilat. Tuangkan ke dalam loyang yang telah di sapu dengan minyak. Ratakan adunan dan tabur dengan bawang goreng bersama sedikit minyak dari gorengan bawang tadi. Potong apabila sudah sejuk.
Cara untuk bahan hiasan:
  1. Buang kulit dan hiris bawang nipis-nipis. Gaulkan dengan cuma secubit garam supaya bawang goreng menjadi lebih rangup dan enak.Jangan terlebih garam nanti masin. Goreng sehingga kekuningan.


KUIH LOMPANG : >


Jumlah Hidangan : 10

Bahan-Bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh kapur mkn
  • 1sudu besar tepung jagung
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 keping gula melaka
  • 1 cawan air
  • 1 cawan santan cair
  • Daun pandan









Cara Penyediaan:

  1. Masak gula,gula melaka,air,santan dan daun pndan yg disimpul hingga larut
  2. Apabila air gula dah sejuk masukkan ke dalam bekas yg berisi tepung beras,air kapur,tepung jagung,Kacau sebati
  3. Tapiskan dan masukkan ke dlm acuan lompang yg telah di sapu minyak..
  4. Kukus dlm 15-20mnt
  5. Hidangkan bersama kelapa parut





KUIH KACANG HIJAU :>


Masa:
Penyediaan: 30 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 40 minit
Jumlah Hidangan : ~10 biji

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan kacang hijau.
  • 3/4 cawan gula pasir.
  • 3 sudu besar kelapa parut.
  • 2 sudu besar tepung gandum.
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil air kapur.
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit










Cara Penyediaan:


  1. Rendam kacang hijau selama satu jam setengah atau sehingga lembut,Kemudian masak sehingga empuk
  2. Apabila air hampir kering, masukkan gula, kelapa dan kacau sehingga kering.
  3. Taburkan tepung gandum dan gaul sehingga sebati angkat dan sejukkan
  4. Bulat dan leperkan inti kacang,
  5. Dalam mangkuk berasingan satukan tepung, air kapur, garam dan air secukupnya, pastikan adunan tidak terlalu pekat
  6. Panaskan minyak, celupkan inti kacang yang di bulatkan tadi kedalam tepung, dan goreng sehingga keperangan.


KUIH SERI AYU :>

Masa:
Penyediaan: 20 | Memasak: 10 | Keseluruhan: 30 minutes
Jumlah Hidangan : 35

Bahan-Bahan:

  • 4 biji telur gred A
  • 2 cawan tepung gandum, ayak
  • 300g gula
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 sudu teh baking powder, ayak
  • 200ml santan pekat, hasil yang diperah menggunakan air pandan
  • pewarna hijau
  • Setengah biji kelapa putih, gaul dengan garam dan tepung ubi










Cara Penyediaan:


  1. Panaskan pengukus.
  2. Ayak tepung gandum dan baking powder bersama.
  3. Sapu acuan dengan sedikit minyak. Masukkan sedikit kelapa yang digaul dengan tepung ubi dan garam dan mampatkan di bahagian bawah.
  4. Dalam mangkuk, pukul gula, telur dan ovalette hingga kembang. Kemudian masukan tepung, baking powder, santan dan pewarna. Kacau sebati.
  5. Sudukan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 5-7 minit.
  6. Keluarkan dari kukusan dan sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan.
Tips:
Pastikan anda ikat atau balut penutup pengukus denagn kain supaya wap air tidak jatuh dalam acuan semasa proses mengukus.







3 comments:

  1. Hi , resepi kamu memang delicous.Tq for sharing.
    I nak share Resepi Pisang Goreng Rangup Sedap Dan Mudah.
    Boleh try ni....
    Source and citation: http://resepipisanggorengrangup.blogspot.com/

    ReplyDelete